20 June 2012

Kekurangan stok tshirt muslimah Hilyah di sales office

Assalamualaikum,

Kami memohon maaf kerana buat masa ini tahap stok tshirt muslimah di sales office Hilyah sangat rendah kerana kelewatan penghantaran stok dari supplier kami. Antara sebabnya ialah kesesakan di kilang mewarna kain (dyeing-house) menyebabkan kelewatan penghantaran kain yang ditempah . Awal minggu ini terdapat kebakaran di kilang salah seorang supplier kami, inna lillahi wainna ilaihi rajiun, menyebabkan 2-3 design baru tshirt muslimah Hilyah rosak dan tidak dapat disiapkan.

Kami menyarankan agar, buat masa terdekat ini, reseller atau pelanggan Hilyah menghubungi kami dan menyemak keadaan stok kami dahulu sebelum datang ke sales office Hilyah untuk mengelakkan sebarang masalah. Kami berharap tahap stok Hilyah akan bertambah baik dalam 2-3 minggu akan datang, insyaAllah.

Kami memohon ribuan maaf di atas sebarang kesulitan bagi pihak resellers/customer Hilyah. Kami mohon doakan semoga Allah permudahkan dan berkati semua urusan kami di Hilyah.

Jzkk di atas sokongan semua resellers/customers.

Hilyah Team