18 February 2010

Borang Pesanan Reseller / Reseller Order Form

Assalamualaikum,

Biiznillah, sebagai suatu usaha Hilyah untuk mempermudahkan proses untuk reseller membuat pesanan/order, kami kini memperkenalkan Borang Pesanan Reseller / Reseller Order Form (BPR/ROF).

Cara :
  1. Download BPR/ROF di sini atau dari webpage Design/Stock Availability di online shop Hilyah.
  2. Isi kuantiti pesanan mengikut design di dalam cells berwarna merah jambu sahaja di BPR/ROF.
  3. Jumlah kuantiti pesanan akan dikira secara automatik. 
  4. Hantar BPR/ROF ke Sales Office Hilyah secara fax (03-78473937) atau email kepada
    wanhasrina@hilyah.com / wani@hilyah.com / izlina@hilyah.com .
  5. Staff Hilyah akan menghubungi reseller setelah memeriksa stok yang ada/menyiapkan invois.
Nota:
  • BPR/ROF tidak mengira jumlah harga pesanan reseller kerana ia bergantung kepada diskaun reseller dan harga semasa produk yang mungkin tertakluk kepada sebarang promosi.
  • Pesanan reseller tertakluk kepada stok di Sales Office Hilyah. Hilyah hanya menjual stok yang terdapat di Sales Office pada waktu pesanan di buat. Hilyah tidak mengambil pesanan untuk produk yang ketiadaan stok.
InsyaAllah, kami harap BPR/ROF dapat mempermudahkan sedikit-sebanyak proses membuat pesanan bagi reseller. Kami amat mengalu-alukan sebarang komen, maklumbalas atau cadangan dari resellers untuk mempertingkatkan kualiti produk dan servis Hilyah.

jzkk
Hilyah Team.

No comments:

Post a Comment