29 March 2010

Hilyah di Radio Ikim Rabu 31 Mac ini

Assalamualaikum,

InsyaAllah, biiznillah, Hilyah akan ke udara di Radio IKIM Rabu ini 31 Mac 3.15-3.45 ptg.
Sertai kami di segmen tajaan Hilyah Islamic Designs, wawancara bersama pengusaha Hilyah tentang produk dan falsafah perniagaan Hilyah.

Radio IKIM :
Lembah Klang               -   91.5  FM
Perlis/Kedah/Langkawi    -   89.0  FM
Pulau Pinang                -  102.7 FM
Ipoh                           - 102.7  FM
Negeri Sembilan            - 102.7 FM
Melaka                        - 89.5 FM
Johor Bahru                  - 106.2 FM
Kuantan - Pahang          - 89.6 FM
Kuala Terengganu          - 100.2 FM
Kota Bharu                   - 89.8 FM
Kuching                       - 93.6 FM
Kota Kinabalu               -  93.9 FM

jzk
Hilyah Team

24 March 2010

New Design

Alhamdulillah, new design :


HAC043 Ladies Kimono Polka-Dot Red
moveable upper polka-dot layer (front and back)
with hidden pocket on right side of body
sz S-4XL
http://www.hilyah.com/ recommended retail price before RM5/pc shipping charge :
S-XL : RM41 ; 2XL-4XL : RM43



HGC043 Girls Kimono Polka-Dot Red
moveable upper polka-dot layer (front and back)
with hidden pocket on right side of body
sz 4-14
http://www.hilyah.com/ recommended retail price before RM5/pc shipping charge :
sz 4-10 : RM34 ; sz 12-14 : RM36






Untuk pesanan/pertanyaan, sila hubungi Hilyah Sales Office  03-78473937, 016-2630817 , 016-2024479.jzkk
Hilyah Team

09 March 2010

PROGRAM ASAS PENYUSUAN DI HILYAH

Alhamdulillah, InsyaAllah, Hilyah Islamic Designs, pengeluar kemeja-T Muslimah jenama Hilyah, termasuk kemeja-T Muslimah untuk ibu menyusu (nursing muslimah tshirt @ http://www.hilyah.com/ ), akan menganjurkan satu

PROGRAM ASAS PENYUSUAN UNTUK IBU DAN BAKAL IBU : PENYUSUAN ADALAH FITRAH, PENYUSUAN ADALAH SUNNAH
yang akan diadakan di Hilyah Retail Outlet, dengan kerjasama Nurturing Concepts Sdn. Bhd. (http://www.thenurturing.com/)

Maklumat program :

Tarikh : 27 Mac 2010 (SABTU)
Masa : 9.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : TINGKAT 1, HILYAH RETAIL OUTLET , 39 JALAN WARUNA AR U5/AR, TAMAN DESA SUBANG, SEKSYEN U5, SHAH ALAM
(berdekatan Subang 2, Airport Lama Terminal 3 (sekarang Skypark), Subang Bestari, Kota Damansara).
Bayaran : RM 40 individu / RM 70 berpasangan
Suasana : Santai (tiada kerusi, throw-pillows di sediakan)
Peserta : max 35

Topik perbincangan :
1. Keistimewaan susu ibu
2. Penyusuan Ibu – Fitrah & Sunnah : bagaimana menjayakannya
3. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu - Penting buat ibu berkerjaya
(Sarapan ringan disediakan.)

Itinerari Program :
9.00-9.20 : Pendaftaran Peserta & Sarapan Ringan
9.20-9.30 : Kata-kata Aluan – Hilyah Islamic Designs
9.30-10:15 : Taklimat “Asas Penyusuan- Kembali kepada Fitrah” - Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Perunding Laktasi, Nurturing Concepts S.B.
10:15-11.00 : Taklimat “Penyusuan Ibu dan Kerjaya : Bagaimana Mencapai Keseimbangan?” - Puan Rita Rahayu Omar, Perunding Laktasi, Nurturing Concepts S.B.
11.00-11.15 : Sessi soal-jawab
11.15-11.30 : Showcase Koleksi Hilyah Ummi – Kemeja-T dan Jubah Menyusu
11.30-12.00 : Jamuan Ringan /Ramah-mesra

Sasaran :
Bakal ibu mengandung 7 bulan ke atas. Amat sesuai untuk ibu yang pertama kali akan menyambut kelahiran bayi dan merancang untuk menyusukan bayi.
Suami juga digalakkan untuk turut serta dalam program ini kerana suami adalah penyokong terkuat dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Tawaran Istimewa untuk Peserta Program :
1) Baucer pembelian dari Hilyah Islamic Designs - potongan 10% untuk baju tshirt menyusu dan produk Hilyah lain.
2) Rebet RM 5 untuk setiap kenalan yang anda bawa bersama (tertakluk pada terma & syarat).

Daftarlah SEKARANG kerana tempat adalah TERHAD kepada 35 peserta terawal!

Pembayaran mestilah diterima selewat-lewatnya pada 26/3/2010.
Jika anda tidak dapat menghadiri kelas selepas pembayaran dibuat, wang TIDAK akan dikembalikan.
Sila maklumkan kepada kami dengan segera sekiranya anda tidak dapat hadir untuk memudahkan persediaan jamuan.

Untuk pendaftaran dan pembayaran, emailkan butiran anda (nama, no. k/pengenalan, no tel serta bukti pembayaran kepada izlina@hilyah.com ).Pembayaran boleh dibuat melalui bayaran terus di Hilyah Retail Outlet atau Tel : 03-78473937 ; 016-2630817

Kami amat berbesar hati jika anda dapat kongsikan maklumat ini dengan rakan atau saudara anda yang mungkin berminat untuk menghadiri kelas ini.

Jazakumullah khairan kathiira.
Hilyah Team

05 March 2010

Iklan Hilyah di Harian Metro 5 Mac

Alhamdulillah, iklan Hilyah di Harian Metro hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca. Selain kami di sales office, ada juga reseller yang menyertai iklan ini yang memberi maklumbalas mendapat panggilan pertanyaan tentang tshirt Hilyah dari pembaca.

InsyaAllah kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kehadiran jenama Hilyah di pasaran melalui program iklan di media cetak sepanjang tahun ini. Penyertaan resellers di dalam iklan-iklan kami amat dialu-alukan. InsyaAllah kami akan mengumumkan pelawaan untuk menyertai iklan Hilyah di waktu akan datang.

Sebarang komen atau pandangan resellers adalah dialu-alukan. Hubungi sales office Hilyah 03-78473937, Latifah 016-2885305 atau email latifah@hilyah.com .

jzkk
Hilyah Team

04 March 2010

Hilyah Retail Outlet - dibuka 5 Mac 2010


Alhamdulillah, insyaAllah Hilyah Retail Outlet akan mula beroperasi seadanya (walaupun belum 100% siap) mulai Jumaat 5 Mac 2010.

Hilyah Retail Outlet
Tingkat 1, 39A Jalan Waruna AR U5/AR
Taman Desa Subang
Seksyen U5, Shah Alam
(berdekatan dengan Kampung Melayu Subang, Subang Bestari, Terminal 3 Airport Lama)

Waktu operasi :
Isnin-Sabtu : 10pg - 6 ptg (Rabu 11 pg - 6 ptg)
Ahad & Cuti Umum (Persekutuan & Selangor) : Tutup

Tel : 03-78473937

Harap maklum : Produk Hilyah di HRS dijual pada harga runcit, 5-10% lebih dari recommended retail price di kedai online Hilyah www.hilyah.com . Walaubagaimanapun, pembelian di kedai online adalah tertakluk kepada caj penghantaran (RM5/tshirt ; RM10/jubah).

Jzkk
Hilyah Team

Iklan Hilyah, artikel perniagaan Hilyah di Harian Metro 5 Mac 2010

InsyaAllah, iklan Hilyah dengan pendekatan baru akan disiarkan di Harian Metro besok 5 Mac 2010.  Pendekatan baru ini insyaAllah adalah sebahagian dari branding exercise Hilyah untuk menyampaikan mesej fokus Hilyah kepada kualiti kemeja-T Hilyah dan keselesaan pengguna.

Kepada resellers yang menyertai iklan kami ini, kami ucapkan syukran jazilan di atas sokongan yang diberikan.

Juga disiarkan, insyaAllah, artikel tentang Hilyah di dalam segment wanita/perniagaan.

Sebarang komen/pandangan/maklumbalas, terutama tentang pendekatan iklan kami amat dialu-alukan!

jzkk
Hilyah Team

Pengumuman Hilyah melalui SMS Blast

Assalamualaikum wbt,
Kebelakangan ini kami mendapat maklumbalas dari beberapa reseller yang tidak menerima pengumuman sms Hilyah melalui perkidmatan sms blast kami. Kami meminta maaf di atas masalah teknikal ini. Pihak pembekal perkhidmatan sms blast kami sedang menyiasat punca masalah dan biiznillah kami harap masalah ini dapat diatasi secepat mungkin.

InsyaAllah kami akan juga membuat pengumuman yang tidak mengandungi maklumat sensitif melalui reseller blog ini.  Kami harap pihak reseller akan selalu mengunjungi blog ini.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, maklumbalas atau aduan. Sila hubungi 03-78473937 atau 016-2885305, email latifah@hilyah.com .

jzkk
Hilyah Team

Stock Arrival

Alhamdulillah, Hilyah stock arrival . Jzkk


1. HA071 pocket misty blue 






 2. HA072 pocket charcoal   












3. HA073 pocket russet