09 March 2010

PROGRAM ASAS PENYUSUAN DI HILYAH

Alhamdulillah, InsyaAllah, Hilyah Islamic Designs, pengeluar kemeja-T Muslimah jenama Hilyah, termasuk kemeja-T Muslimah untuk ibu menyusu (nursing muslimah tshirt @ http://www.hilyah.com/ ), akan menganjurkan satu

PROGRAM ASAS PENYUSUAN UNTUK IBU DAN BAKAL IBU : PENYUSUAN ADALAH FITRAH, PENYUSUAN ADALAH SUNNAH
yang akan diadakan di Hilyah Retail Outlet, dengan kerjasama Nurturing Concepts Sdn. Bhd. (http://www.thenurturing.com/)

Maklumat program :

Tarikh : 27 Mac 2010 (SABTU)
Masa : 9.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : TINGKAT 1, HILYAH RETAIL OUTLET , 39 JALAN WARUNA AR U5/AR, TAMAN DESA SUBANG, SEKSYEN U5, SHAH ALAM
(berdekatan Subang 2, Airport Lama Terminal 3 (sekarang Skypark), Subang Bestari, Kota Damansara).
Bayaran : RM 40 individu / RM 70 berpasangan
Suasana : Santai (tiada kerusi, throw-pillows di sediakan)
Peserta : max 35

Topik perbincangan :
1. Keistimewaan susu ibu
2. Penyusuan Ibu – Fitrah & Sunnah : bagaimana menjayakannya
3. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu - Penting buat ibu berkerjaya
(Sarapan ringan disediakan.)

Itinerari Program :
9.00-9.20 : Pendaftaran Peserta & Sarapan Ringan
9.20-9.30 : Kata-kata Aluan – Hilyah Islamic Designs
9.30-10:15 : Taklimat “Asas Penyusuan- Kembali kepada Fitrah” - Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Perunding Laktasi, Nurturing Concepts S.B.
10:15-11.00 : Taklimat “Penyusuan Ibu dan Kerjaya : Bagaimana Mencapai Keseimbangan?” - Puan Rita Rahayu Omar, Perunding Laktasi, Nurturing Concepts S.B.
11.00-11.15 : Sessi soal-jawab
11.15-11.30 : Showcase Koleksi Hilyah Ummi – Kemeja-T dan Jubah Menyusu
11.30-12.00 : Jamuan Ringan /Ramah-mesra

Sasaran :
Bakal ibu mengandung 7 bulan ke atas. Amat sesuai untuk ibu yang pertama kali akan menyambut kelahiran bayi dan merancang untuk menyusukan bayi.
Suami juga digalakkan untuk turut serta dalam program ini kerana suami adalah penyokong terkuat dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Tawaran Istimewa untuk Peserta Program :
1) Baucer pembelian dari Hilyah Islamic Designs - potongan 10% untuk baju tshirt menyusu dan produk Hilyah lain.
2) Rebet RM 5 untuk setiap kenalan yang anda bawa bersama (tertakluk pada terma & syarat).

Daftarlah SEKARANG kerana tempat adalah TERHAD kepada 35 peserta terawal!

Pembayaran mestilah diterima selewat-lewatnya pada 26/3/2010.
Jika anda tidak dapat menghadiri kelas selepas pembayaran dibuat, wang TIDAK akan dikembalikan.
Sila maklumkan kepada kami dengan segera sekiranya anda tidak dapat hadir untuk memudahkan persediaan jamuan.

Untuk pendaftaran dan pembayaran, emailkan butiran anda (nama, no. k/pengenalan, no tel serta bukti pembayaran kepada izlina@hilyah.com ).Pembayaran boleh dibuat melalui bayaran terus di Hilyah Retail Outlet atau Tel : 03-78473937 ; 016-2630817

Kami amat berbesar hati jika anda dapat kongsikan maklumat ini dengan rakan atau saudara anda yang mungkin berminat untuk menghadiri kelas ini.

Jazakumullah khairan kathiira.
Hilyah Team

No comments:

Post a Comment