15 April 2010

Kenaikan Harga Produk Hilyah

Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan harga tshirt dan produk lain Hilyah terpaksa dinaikkan antara 5-10% mulai pertengahan April 2010 kerana kenaikan harga benang kapas di pasaran antarabangsa.

Benang kapas yang digunakan oleh pembekal kami diimport dari India, Pakistan atau China. Harga benang naik kerana kemarau yang melanda ketiga2 negara ini, dan juga kerana tindakan kerajaan Pakistan menahan eksport benang kapas untuk mengawal harga.

Di Hilyah, prinsip pricing kami adalah berdasarkan kos, dan kami terpaksa menaikkkan harga produk Hilyah disebabkan kos material yang meningkat. Kami tidak pasti samada kenaikan ini akan berterusan, insyaAllah jika kos kami menurun untuk jangka masa sederhana-panjang, kami juga akan menurunkan harga produk kami.

Sebarang pertanyaan sila hubungi sales office Hilyah 03-78473937 atau 016-2021272.

jzkk
Hilyah Team

No comments:

Post a Comment