Alhamdulillah, sebagai suatu initiatif untuk merapatkan silaturrahim kami dengan resellers dan mempertingkatkan kefahaman resellers tentang produk dan terma resellers Hilyah, insyaAllah kami akan memperkenalkan program "Sesi Taklimat Reseller Hilyah" mulai Jun ini.
Sebagai permulaan (pilot), 3 sessi pertama akan diadakan pada hari Sabtu 26 Jun, 17 Julai dan 7 Ogos. Maklumat lanjut seperti di flyer di atas.
Reseller boleh memilih untuk menyertai salah-satu dari 3 sessi ini (kandungan sessi adalah sama). 3 sessi ditawarkan kerana tempat adalah terhad dan untuk memberi pilihan mengikut kesesuaian masa untuk resellers.
Objektif program :
1. merapatkan silaturrahim di antara Hilyah dan resellers.
2. memberi penerangan kepada resellers tentang produk dan terma reseller Hilyah.
3. mempertingkatkan kemahiran reseller dalam memasarkan produk Hilyah.
4. berkongsi maklumat tentang isu semasa dalam pasaran, pembekalan dan perancangan produk Hilyah.
5. membuka ruang untuk reseller memberi maklumbalas dan cadangan kepada Hilyah.
Sekiranya program pilot ini mendapat sokongan dari resellers, insyaAllah program ini akan dijadikan suatu program tetap dalam kalendar Hilyah. InsyaAllah, kami bercadang untuk memuatkan modul-modul yang sesuai untuk membina kemahiran perniagaan resellers seperti pengurusan perniagaan, pemasaran dll.
Bayaran RM20/individu RM30/berpasangan, diganti dengan baucer Hilyah RM20/RM30, boleh ditebus dengan pembelian produk Hilyah di sales office pada hari yang sama sahaja.Diskaun istimewa untuk pembelian pada hari yang sama juga menanti resellers!
Kami harap resellers akan menyokong program dan usaha kami ini. Sebarang maklumbalas amat dihargai!
Sebarang pertanyaan, sila hubungi sales office Hilyah
03-78473937,
016-2064479,
016-2021272,
016-2630817,
016-2024479, atau
Latifah 016-2885305.
Jzkk
Hilyah Team
No comments:
Post a Comment