Kami warga Hilyah mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul-Fitri kepada semua resellers dan customers. Semoga Eid kita kali ini dipenuhi dengan limpahan rahmat dan barakah dari Allah swt.
Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, Hilyah tidak akan mengadakan jamuan hari raya pada bulan Syawal tahun ini kerana insaf dari pengalaman tahun-tahun lepas di mana resellers tidak dapat hadir atau tidak dapat menjamu selera kerana terlalu banyak jamuan hari raya pada bulan Syawal. InsyaAllah, kita mungkin dapat bersama menjalin silaturrahim di masa yang lain pada tahun ini/hadapan.
Kami memohon ribuan maaf di atas semua salah dan silap, dan memohon halal atas sebarang terlebih-terkurang dalam berurusan dengan semua resellers dan customers. Mohon do'akan semoga semua usaha kami di Hilyah diberkati dan diterima Allah sebagai amalan yang baik.
Kami mengucapkan ribuan terimakasih di atas sokongan semua resellers dan customers kepada Hilyah.
Kullu 'aam waantum bi khair. BarakAllahu fikum.
jzkk
Hilyah Team
No comments:
Post a Comment