05 July 2010

Hilyah Update : no Raya Collection this year...

Kami meminta maaf kerana buat pertama kalinya, kami tidak akan mengeluarkan Koleksi Raya untuk tahun ini. Ini ialah kerana supply dan harga benang (yarn) yang tidak menentu disebabkan kekurangan stok yarn di pasaran antarabangsa menyebabkan supplier kami tidak dapat menjamin delivery mengikut jangka-waktu yang dirancang. Kami takut tidak dapat memenuhi permintaan jika kami menjanjikan adanya koleksi untuk raya.

InsyaAllah kami akan mengeluarkan design2 baru sepanjang bulan Julai-awal September, tetapi tidak secara sekali-gus dalam satu koleksi seperti tahun2 yang lalu. InsyaAllah stok untuk design kanak2 akan dilebihkan dalam pengeluaran untuk jangkawaktu ini.

Kami memohon ribuan maaf diatas sebarang kesulitan di pihak reseller. Sebarang pertanyaan, maklumbalas atau cadangan tentang topic ini, sila call/sms K Latifah 016-2885305. Untuk order, sila hubungi sales office Hilyah 03-78473937.

jzkk di atas sokongan resellers.

Hilyah Team.

No comments:

Post a Comment