05 July 2010

Sekitar Program Taklimat Reseller Hilyah Pertama : 26 Jun 2010


Alhamdulillah, program taklimat reseller Hilyah (reseller briefing) julung-julung kalinya telah berjaya diadakan di sales office Hilyah pada 26 Jun 2010 lalu. Seramai 20 resellers dan pasangan/rakan dari KL/Selangor dan juga dari jauh (Melaka, Bentong, Sg. Merab) telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri program ini dar 10pg-12.30 ptg.

Program bermula dengan pengenalan diri ringkas oleh setiap peserta, diikuti dengan penerangan/slide presentation oleh Kak Latifah (pengusaha/pengurus Hilyah) meliputi aspek :

1. Hilyah Islamic Designs – permulaan dan perkembangan perniagaan 2007-2010
2. Warga kerja Hilyah
3. Ciri-ciri produk Hilyah – Muslimah tshirt, nursing tshirt, jubah, pants, hijab (new product)
4. Terma reseller Hilyah – normal reseller terms, exchanges, Ready Buyer Program, Discount Tier Program
5. Cabaran dan respons Hilyah
6. Perancangan Hilyah – produk bar etc.















Antara objektif program ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara Hilyah dan resellers, serta membina pengetahuan resellers tentang produk Hilyah supaya resellers dapat memahami dan menerangkan kepada pelanggan tentang ciri-ciri produk dan perbezaan tshirt Hilyah dari jenama lain.

Alhamdulillah, walaupun masa agak suntuk (banyak yang perlu diterangkan dalam masa yang agak singkat), maklumbalas dari peserta sangat menggalakkan. Rata-rata peserta berpendapat program ini telah menambah pengetahuan mereka tentang Hilyah, dan menggalakkan agar program ini diteruskan.

InsyaAllah program seterusnya ialah pada Sabtu 17 Julai 2010. Pendaftaran kini dibuka. Hubungi Kak Lin 03-78473937 / 016-2634479 untuk pertanyaan atau pendaftaran.

Voucher RM20/30 dan diskaun reseller istimewa untuk pembelian hari yang sama menanti anda, insyaAllah.

Jzkk
Hilyah Team

No comments:

Post a Comment